keburukan diri sendiri....
Hayatilah...............
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah.Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yangberbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantinlelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setujumengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: "Sayang, abang barumembaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungandan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut."Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai daripasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-haltersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinyasetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak merekasukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-halyang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintasdalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sediamembincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkansenarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika iamulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya,ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ... "Maaf, apakah abangharus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu sisuami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipatkertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliransayang pula membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di ataskertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubahakan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiadasatupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..." Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cintaserta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Diakemudian tertunduk dan menangis ... P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan dirisendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?...Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perludiperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kitakerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orangini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
0 comments :
Post a Comment