kenapa muslimat bertudung??
· Patuh Kepada Perintah Allah dan Rasul-Nya
Firman Allah bermaksud :
Wahai Muhammad beritahu kepada isteri – isterimu , anak – anak perempuan juga kepada seluruh muslimat lainnya supaya melabuhkan tudung kain mereka.
( Al – Ahzab : 59 )
Sabda Rasulullah S.A.W :
Semua badan perempuan itu aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan.
· Tanda Perempuan Baik
Firman Allah bermaksud :
Wahai Muhammad , beritahu kepada seluruh muslimat suapaya menyekat pandangan mereka dari melihat perkara yang dilarang, kawalilah kehormatan diri meraka dari sebarang fitnah dan jangan cuba memperlihatkan perhiasan tubuh mereka dengan melabuhkan kain tudung melewati paras dada kecuali untuk suami isteri.
· Mengawal Dari Fitnah
Bertudung secara Islam sebenar boleh menyekat pandangan manusia ( lelaki ) dari menarik keinginan secara mendadak. Justeru itu , hati menjadi tenang , tenteram dan suci dari fitnah. Ia juga boleh menepis kegelojohan hati yang mudah tergoda.
Firman Allah bermaksud :
Wahai isteri – isteri nabi , kamu bukanlah seperti perempuan – perempuan lain yang bukan dari golongan muslimat , oleh itu janganlah engkau berkata – kata dengan lembut manja kerana ditakuti menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit. Bercakaplah dengan ucapan yang baik dan penuh sopan.
· Menandakan Bertaqwa
Firman Allah bermaksud :
Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu bentuk pakaian yang boleh menutup aurat dan untuk dijadikan hiasan. Pakaian yang berupa takwa itulah yang sesuai untuk kamu. Yang demikian adalah dari limpahan kurnia Allah dan rahmat-Nya supaya mereka bersyukur.
· Tanda Bermaruah
Muslimat sepanjang hayat mesti menjadi model kepada wanita – wanita lain dengan perlakuan dan tatacara yang sopan dan bermaruah. Salah satunaya mesti ada sifat malu.
Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya bagi setiap agama itu mesti berlandaskan kesopanan dan kesopanan yang unggul di dalam Islam ialah malu kerana malu adalah sebahagian daripada Iman
Petua


0 comments :
Post a Comment