15 bala yang pasti akan diturunkan
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw.Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".(H.R Termizi)huraian:semua jenis maksiat yang dijelaskan oleh rasulallah dapat dilihat dengan terang2an dilakukan oleh manusia yang mengaku islam pada hari ini.daripada peringkat atasan(kepimpinan) sehinggalah peringkat remaja yang bakal menggalas tugas kepimpinan akan datang tanpa segan silu terus menerus melibatkan diri dalam melakukan kemurkaan terhadap ALLAH.mereka seolah2 sengaja mencabar kekuasaan yang ada pada ALLAH,tuhan YANG MAHA TINGGI supaya menurunkan bala/bencana kepada mereka.mereka menganggap bala yang diturunkan hanyalah ujian atau dugaan daripada ALLAH untuk menguji manusia tanpa memikirkan perihal perilaku mereka yang sudah menyimpang daripada agama ALLAH.(WALLAHUA'ALAM)
0 comments :
Post a Comment