Saturday, August 1, 2009

hafiz hamidun sah putus tunang...




Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis:
"It's official now, I'm single."

Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.

Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu.

2 comments :

  1. angel&1 said...

    untuk pengetahuan hafiz hamidun
    kami satu family xrse sedih lgsg
    saya sbgi sepupu y palg rapt dgn dy mmg dri mula lg xske kat awk n dah agak akn jd camnie
    sb arts semue sme je
    malahan saya rse gmbre sb awk xjd sbhgian dri family kteowg
    and you know what
    kak erin saya will be more happier without you...
    and you dont know her that much...
    so xpyh uat spekulasi sndri tao yggapan sendri y xbtoi uw...

  2. mjviewpic.. said...

    setiap individu ada cerita tersendiri..serapat mana pon kita dengan seseorang tu..
    xsemestinya kita tahu semua tentang hati manusia....=)

    JODOH ITU RAHSIA ALLAH...