Wednesday, August 19, 2009

maizawati bakal jd penyanyi nasyid??



Sejak bercerai dengan penyanyi dan penceramah Akil Hayy,macam-macam perancangan sedang dibuat Maizawati Zainal, 33, demi untuk mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

Selain mengusahakan bisnes tudung Myza Collection, Maiza juga dikatakan bercadang mahu menjual baju kebaya raya dan kek cokelat sempena Aidilfitri akan datang.


Dan yang terbaru, Maiza khabarnya dalam perancangan untuk menyanyi lagu nasyid pula. Baru-baru ini, ada sumber telah melihat dia menghadiri sebuah perjumpaan mesyuarat bersama beberapa pihak termasuklah dari Yayasan Pembanguan Nur Hikmah sendiri yang telah diketuai Dato' Ameer Soekre Ishak.

Perjumpaan itu telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci tentang konsep album yang akan dihasilkan untuk Maiza nanti. Amboi, hebat betul Maiza sekarang ini. Dalam senyap-senyap, ada saja projek yang diusahakan oleh beliau kerana ramai sangat yang mahu membantunya.

Khabarnya, Maiza juga ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah klip video. Tapi, tak pastilah klip video apa yang dilakonkan Maiza itu tapi yang penting, pintu rezekinya semakin terbuka.

***sumber dr murai.com

0 comments :